NawirFikri

Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram

Ditulis Oleh life is te way pada Jumat, 24 Oktober 2014


Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal Tahun 1 Muharram



NawirFikri - Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini.

Amalan Pada Akhir Tahun dan Awal Tahun 1 Muharram
Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam sebagai berikut.

1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)


2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)


3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”


4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
 Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
 Klik (Doa Awal Tahun)  


5.  Qiamullail
a)     Bersolat sunnah - Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunnah Taubat.
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir.


6.  Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.


7.  Doa Awal Muharam
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:
 a.  Doa Pertama :
Doa Awal Muharram
Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”

untuk doa di akhir tahun hijrah dan awal tahun baru 1 muharram ( klik disini )

Sekian yang bisa saya sampaikan, semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keridhoan-Nya dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas dan semoga bermanfaat...


Wallahu A’lam bishowab

0 komentar:

Posting Komentar