Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal Tahun 1
Muharram
NawirFikri - Bulan
Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan
menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat
Islam sepanjang bulan ini.
Amalan Pada
Akhir Tahun dan Awal Tahun 1 Muharram
Amalan-amalan
yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam sebagai berikut.
1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah
berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa
Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah
solat malam.” (Sahih Muslim)
2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari
pertama Muharam
Rasulullah
SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal
Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun
melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas
r.a.)
3. Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu
Maghrib.
Sesiapa yang
membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana
dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
4. Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib
atau pada malamnya.
Sesiapa yang
membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan
pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada
fitnah syaitan.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan
dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
(Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
Klik (Doa Awal Tahun)
5. Qiamullail
a) Bersolat sunnah - Solat Tahajjud, Solat
Hajat, Solat Sunnah Taubat.
b) Membaca Al-Quran.
c) Berzikir.
6. Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram,
bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360
kali.
Sesiapa yang
mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari
sebarang musibah dan kesempitan rezeki.
7. Doa Awal Muharam
Membaca doa
awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:
a. Doa
Pertama :
Doa Awal
Muharram
Al-Allamah
Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca ‘Doa Awal
Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan
Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”
untuk doa di akhir tahun hijrah dan awal tahun baru 1 muharram ( klik disini )
Sekian yang bisa saya sampaikan, semoga kita
sama-sama mendapat keberkatan dan keridhoan-Nya dengan keikhlasan amalan yang
dilakukan seperti di atas dan semoga bermanfaat...
Wallahu
A’lam bishowab
0 komentar:
Posting Komentar